Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    CBTL sokong kanak-kanak istimewa dengan sumbangan derma

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) Brunei menghulurkan sumbangan derma berupa cek dan hadiah ke Persatuan KACA, SMARTER Brunei dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) bersempena dengan bulan Ramadan yang berlangsung di CBTL Cawangan One City, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sumbangan derma dan hadiah berkenaan ialah Naib Pengerusi PAR Food & Beverage Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun’im.

    Semasa majlis tersebut, YAM Pengiran Anak Abdul Mun’im menyampaikan cek berjumlah keseluruhannya $6,000 kepada wakil-wakil Persatuan KACA, SMARTER Brunei dan Pusat Ehsan iaitu Bendahari Persatuan KACA, Haji Roslan Haji Mohd Hassan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SMARTER Brunei, Sharifah Adila Surya binti Malai Haji Abdullah dan ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Ehsan, Audrey Choo Wah.

    Pada majlis berkenaan juga, YAM Pengiran Anak Abdul Mun’im turut menyampaikan hadiah kepada Persatuan KACA, SMARTER Brunei dan Pusat Ehsan yang akan diagih-agihkan kepada pelajar-pelajar mereka.

    Sementara itu, Pengurus Besar CBTL Brunei, Art Terrado menjelaskan bahawa program amal global, The Caring Cup, merupakan sebuah inisiatif yang ditubuhkan pada 2005 oleh CBTL dengan matlamat utama untuk memeduli keperluan komuniti tempayan dengan menabur bakti kepada masyarakat menerusi sumbangan derma.

    Art Terrado menyatakan lagi CBTL Brunei akan terus membina hubungan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta memainkan peranan dalam menyumbangkan kepada institusi berkenaan dalam menyokong usaha mereka untuk mendidik kanak-kanak.

    YAM Pengiran Anak Abdul Mun’im menyampaikan sumbangan kepada Persatuan KACA, SMARTER Brunei dan Pusat Ehsan. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda