PARIS, 30 OGOS – Celtic layak beraksi pada peringkat kumpulan Liga Europa awal pagi tadi, juara Scotland itu kemudiannya disertai musuh tradisi mereka Rangers pada majlis undian petang ini.
Ketika Celtic membenam kelab Sweden, AIK 4-1 pada playoff kedua untuk mara dengan agregat 6-1, Rangers mengatasi Legia Warsaw 1-0 menerusi tandukan masa kecederaan Alfredo Morelos selepas seri tanpa jaringan pada aksi pertama.
Rangers kendalian Steven Gerrard mempunyai sebahagian daripada tempat duduk penonton di Ibrox ditutup sebagai hukuman oleh UEFA kerana sikap perkauman penyokong mereka pada awal pertandingan itu.
Turut berada dalam undian di Monaco petang ini adalah Wolverhampton Wanderers.
Kelab Liga Perdana Inggeris itu, bermain kempen pertama Eropah sejak 1981, mengalahkan Torino 2-1 – gol hadir menerusi Raul Jimenez dan Leander Dendoncker – di Molineux untuk layak 5-3 secara agregat. – AFP