Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    CEO United letak jawatan

    LONDON, 16 NOV – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Manchester United, Richard Arnold meletak jawatan, umum kelab itu kelmarin ketika jutawan Britain, Jim Ratcliffe semakin hampir menjadi pemilik saham minoriti kelab berkenaan.

    Arnold, 52, berada di kelab itu sejak 2007 dan menggantikan Ed Woodward sebagai eksekutif kanan United pada Februari tahun lalu.

    “Richard Arnold mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Manchester United selepas 16 tahun bersama kelab,” kata United dalam satu kenyataan.

    “Patrick Stewart akan mengambil alih sebagai CEO sementara, selain daripada peranannya yang sedia ada sebagai peguam am, dengan Richard terus memberikan sokongan peralihan sehingga akhir Disember. Proses mencari CEO kekal akan dibuat,” tambah kenyataan itu.

    Arnold berkata ia adalah satu ‘penghormatan yang besar’ untuk bekerja di United.

    “Melalui setiap kejayaan dan kegagalan, apa yang penting adalah dedikasi berterusan pekerja dan peminat kami,” katanya.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas kesetiaan dan komitmen mereka serta mengucapkan yang terbaik kepada semua yang berkaitan dengan kelab untuk masa depan,” tambahnya.

    Kumpulan INEOS milik Ratcliffe dijangka membayar kira-kira AS$1.56 bilion untuk kepentingan minoriti dalam kelab Old Trafford itu, sementara juga memperoleh kawalan besar ke atas operasi bola sepak.

    BBC berkata perjanjian itu dijangka akan disahkan semasa rehat antarabangsa semasa, mungkin seawal minggu ini. – AFP

    Stadium Old Trafford ketika dibanjiri peminat semasa acara pengebumian juara Piala Dunia England dan legenda Manchester United, Bobby Charlton di Manchester, utara England. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda