Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ceramah pupuk kesedaran kesihatan mental

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Lebih kurang 30 orang kakitangan Network Integrity Assurance Technologies Sdn Bhd (NiAT), selaku pembekal perkhidmatan komunikasi satelit Brunei, telah menghadiri ceramah mengenai kesedaran kesihatan mental yang dianjurkan oleh Pusat Promosi Kesihatan (HPC), Kementerian Kesihatan di HPC, Berakas, kelmarin.

    Ceramah dikendalikan oleh Pakar Psikologi (Strategi Kesihatan Mental, HPC), Dayang Siti Nadzirah binti Haji Abdullah yang mengetengahkan tentang kepentingan kesihatan mental di tempat kerja dan memperkenalkan konsep asas kesihatan mental, serta memberikan pemahaman lebih baik tentang betapa pentingnya kesejahteraan mental.

    Beliau kemudiannya berkongsi pandangan untuk mengenal pasti tanda dan gejala awal cabaran kesihatan mental dan potensi kesannya terhadap produktiviti di tempat kerja.

    Di samping itu, beliau turut menekankan kepentingan untuk memupuk persekitaran tempat kerja yang menyokong dan bebas stigma.

    Turut dibincangkan adalah mengenai strategi praktikal untuk pengurusan tekanan yang berkesan dan penyatupaduan amalan penjagaan diri ke dalam rutin harian.

    Objektif utama ceramah adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan emosi, psikologi, dan kesejahteraan sosial dalam kalangan kakitangan NiAT.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk melengkapkan pekerja dengan alat bagi menguruskan tekanan dengan berkesan, menyumbang kepada mempertingkatkan tumpuan yang lebih tinggi dalam prestasi kerja.

    Kakitangan NiAT bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN NIAT
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...