Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Majlis Sambutan Israk Mikraj terus disemarakkan dengan ceramah-ceramah yang diadakan di masjid-masjid, balai-balai ibadat dan juga di kementerian-kementerian.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Masjid Kupang di Daerah Tutong, baru-baru ini juga tidak ketinggalan mengadakan ceramah sempena Israk dan Mikraj di masjid berkenaan yang telah dihadiri oleh lebih 40 jemaah masjid dan orang ramai.
Ceramah tersebut disampaikan oleh Penolong Pensyarah Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Hilman bin Haji Salim.