Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    CES 2023: Inovasi teknologi menarik perhatian

    LAS VEGAS – Daripada kereta-kereta elektrik dan bot-bot kepada TV tanpa wayar termasuk telefon dan tablet terkini, terdapat pelbagai inovasi yang dipamerkan di pameran teknologi CES di Las Vegas minggu lepas.

    Sebahagian daripadanya bertujuan untuk menyelesaikan masalah dunia. Sebahagian daripadanya bertujuan untuk menjadikan hidup awda lebih menyeronokkan. Manakala sebahagian lagi sekadar untuk hiburan semata-mata di luar sana.

    Wartawan Associated Press minggu lepas menyediakan ruang pameran yang luas untuk inovasi teknologi yang mengujakan, menarik dan luar biasa.

    Berikut adalah antara yang menarik perhatian:

    Cara paling menyeronokkan untuk ke pejabat

    Wartawan berseronok bersiar-siar di sekitar acara CES Unveiled dengan kasut roda elektrik kawalan jauh hasil ciptaan AtmosGear Perancis.

    Bateri itu bertahan sejauh 32 kilometer, kata Mohamed Soliman, pengasas AtmosGear yang berharap orang ramai akan melihatnya sebagai cara yang berdaya maju untuk berulang-alik, seperti basikal elektrik atau skuter.

    Mohamed Solimon semasa menunjukkan bagaimana kasut elektrik itu berfungsi sebelum acara pembukaan CES, pada 3 Januari, 2023, di Las Vegas. – AP
    Anjing robot anjing pintar Dog-E diperkenalkan pada pameran teknologi CES di Las Vegas baru-baru ini. – AP
    Pengadun pintar GE Profile yang dipamerkan semasa CES, di Las Vegas. – AP

    “Matlamat saya adalah untuk semua orang pergi meluncur semula kerana ia sangat menyeronokkan, setiap kali awda melihat orang meluncur awda melihat mereka dengan senyuman lebar,” kata Soliman. Beg pinggang pula memuatkan bateri dan kabel yang disambungkan ke kasut roda. Ia juga boleh digunakan sebagai luncuran biasa apabila ia perlu dicas atau apabila bermain luncur hanya mahu melakukan perjalanan di bawah kawalan mereka sendiri.

    Kasut luncur bernilai AS$500 itu tersedia untuk pra-pesanan. Syarikat itu telah menerima tempahan untuk 150 pasang setakat ini dan menyasarkan 200 pesanan untuk memulakan pengeluaran.

    Peranti teknologi yang sesuai untuk sebuah acara

    Sebuah peranti yang dipaparkan oleh syarikat Korea Selatan, Prinker membolehkan awda mencacah tatu sementara dengan cepat dan mudah.

    Peranti ini menggunakan dakwat gred kosmetik dengan simpanan beribu-ribu reka bentuk atau pilihan untuk rekaan tersendiri menerusi aplikasi milik syarikat berkenaan. Selepas memilih tatu, awda hanya perlu menghalakan peranti tersebut ke mana-mana bahagian tubuh awda untuk ditatu. Tatu tersebut kalis air namun dapat dicuci dengan sabun.

    Model perdana bernilai AS$279 dan model yang lebih kecil bernilai AS$229. Katrij dakwat yang baik dapat menghasilkan 1,000 tatu bernilai AS$119. Terdapat juga aksesori untuk mewarnakan rambut awda buat sementara waktu.

    Perkakas dapur dikuasai peranti teknologi

    GE Profile melancarkan pengadun pintar yang membolehkan awda menimbang bahan-bahan masakan ke dalam mangkuk semasa awda membuat kerja dapur.

    Pengadun itu juga mempunyai sensor auto yang boleh memantau perubahan dalam tekstur dan kelikatan serta melaraskan kelajuan sesuai ikut selera awda. Ia berhenti sendiri secara automatik untuk mengelakkan pengadunan berlebihan. Dan ia mempunyai kawalan suara supaya awda tidak perlu menghentikan apa yang awda lakukan untuk mengendalikannya.

    Semua ketepatan itu tidak murah, pengadun tersebut berharga AS$999.95 dan hanya tersedia di Crate & Barrel.

    Peranti teknologi sebagai hadiah orang tua

    Bird Buddy mempamerkan peranti pintar khas yang mengambil gambar beberapa ekor burung yang terbang sedang mencari makanan. Syarikat itu berkata teknologi AI tersebut boleh mengenali lebih daripada 1,000 spesies burung, membolehkan pengguna berkongsi melalui aplikasi mudah alih jenis burung yang diberi makan.

    “Kami cuba untuk menggabungkan koleksi tersebut supaya menjadi permainan yang sangat menyeronokkan yang boleh dimainkan, sama seperti Pokemon Go dalam kehidupan sebenar dengan haiwan sebenar dan hidupan liar di belakang rumah awda,” kata Kyle Buzzard, pengasas bersama dan ketua pegawai syarikat itu.

    Produk itu telah pun mencetuskan beberapa minat daripada pengguna yang ingin menunjukkan kepada dunia burung apa yang masuk ke halaman rumah mereka.

    Syarikat itu, yang bermula sebagai projek Kickstarter pada 2020, berkata ia mula menghantar makanan burungnya pada September dan telah menjual kesemua 100,000 dalam inventorinya. Harga untuk peranti itu ialah $199.

    Peranti teknologi kanak-kanak

    Temui Dog-E, anjing robot yang mengujakan.Peranti pintar ini diperkenalkan oleh pembuat mainan WowWee, Dog-E yang mempunyai lebih daripada sejuta kemungkinan untuk kombinasi lampu, bunyi dan ciri personaliti.

    Dog-E bermula sebagai kanvas kosong dan memebentuk pesonaliti tersendiri sesuai pengaturan awda.

    Peranti mainan yang disambungkan dengan aplikasi itu mempunyai penderia audio untuk mendengar bunyi, penderia sentuhan pada sisi dan badannya serta ekor yang boleh awda atur cara untuk memaparkan ikon dan mesej bercahaya apabila ia bergoyang. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...