Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Changmin umum tarikh perkahwinan baharu

    Pada 28 September lalu, SM Entertainment mengesahkan bahawa perkahwinan Changmin dengan kekasihnya yang bukan selebriti telah dijadualkan semula pada 25 Oktober ini.

    Agensi itu juga menyatakan bahawa upacara itu akan diadakan secara tertutup. Setelah mengumumkan berita perkahwinannya yang akan datang melalui surat tulisan tangan kepada peminatnya pada bulan Jun, Changmin memutuskan untuk menangguhkan upacara tersebut dari tarikh asal pada 5 September kerana masalah keselamatan persekitaran berikutan wabak COVID-19.

    Selebriti lain juga telah membuat perubahan pada rancangan perkahwinan mereka yang akan datang kerana kebimbangan COVID-19 termasuk Kang Sora, yang membatalkan upacara yang dijadualkan pada bulan Ogos untuk mengadakan pertemuan keluarga kecil, dan Ryu Deok Hwan, yang mengumumkan bahawa dia dan kekasihnya akan menangguhkan perkahwinan me-reka pada bulan Oktober ke tahun depan. – Agensi

    Changmin memutuskan untuk menangguhkan upacara perkahwinannya dari tarikh asal pada 5 September menjadi 25 Oktober ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda