Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Charles III, Camilla dijangka hadiri upacara Easter

    LONDON, 26 MAC – Raja Charles III bersama Permaisuri Camilla akan menghadiri upacara Easter di gereja kecil di Istana Windsor pada Ahad, kata pegawai Istana Buckingham. 
     
    Penampilan itu akan menjadi acara besar pertama bagi Raja Charles, 75, sejak Baginda disahkan menghidap kanser pada Februari.
     
    Pegawai istana berkata hari ini Raja Charles dan Permaisuri Camilla akan ditemani oleh ahli kerabat diraja yang lain pada upacara Easter Ahad ini di Gereja Kecil St George.  
     
    Raja sedang menjalani rawatan berkala dan telah menangguhkan hampir semua penglibatan awamnya sejak diagnosis kanser. Pegawai tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapi Raja Charles tetapi berkata ia tidak berkaitan dengan rawatan prostat benign yang dijalani Baginda baru-baru ini. 
     
    Pegawai berkata raja meneruskan urusan kerajaan, termasuk mesyuarat mingguan tetapnya dengan Perdana Menteri Rishi Sunak, dan tidak akan menyerahkan peranannya sebagai ketua negara.
     
    Tidak diketahui ahli kerabat diraja lain yang akan menghadiri upacara Ahad ini, tetapi Putera William dan Kate yang mengumumkan minggu lalu bahawa beliau juga menjalani rawatan kanser, tidak dijangka hadir. – AP
     
    Raja Charles III dan Permaisuri Camilla meninggalkan The London Clinic di tengah London, pada 29 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...