Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Che Ta nafi bankrap, tak bayar cukai LHDN

    Pelakon Rozita Che Wan, 51, menafikan dakwaan dirinya diisytiharkan bankrap disebabkan kegagalan membayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    Rozita mesra disapa sebagai Che Ta memberitahu, dia tidak tahu mengenai notis bankrap kerana tidak pernah menerima sebarang makluman berhubung perkara tersebut.

    “Siapa kata bankrap? Dapat notis daripada siapa dan saya tidak tahu.

    “Saya bayar LHDN, saya juga ada ejen cukai yang uruskan dan audit syarikat.

    Cukai dikenakan memang banyak, tapi saya bayar.

    Che Ta tak pernah terima notis bankrap daripada mahkamah seperti yang tular. – mStar

    “Tapi pelik mana datangnya surat itu, kenapa saya pula? Saya bayar hampir RM50,000 sebulan untuk diri saya, manakala syarikat pula lain.

    “Saya tidaklah terkejut, tapi saya dapat tahu dulu sebelum orang lain dan saya bukannya lari daripada LHDN,” katanya kepada BH Online.

    Bagaimanapun, Rozita tidak menafikan pernah mempunyai isu bersama LHDN, namun semuanya sudah diselesaikan.

    Justeru, katanya, timbul perasaan pelik mengapa perkara itu dibangkitkan.

    “Saya bukannya seorang yang menunjuk dan hanya buat kerja sahaja. Apa-apa saya akan berurusan dengan ejen cukai.

    “Memang sebelum ini saya ada masalah dengan LHDN. Saya pernah kena tahan di lapangan terbang sebelum ke London, jadi mungkin ini surat lama, mungkinlah.

    “Saya tak layan dakwaan semua ini, ia bukan masalah saya,” katanya.

    Rozita menjawab pertanyaan berhubung tular notis daripada mahkamah yang menyatakan nama Rozita Abu Bakar @ Wan bankrap, ketika ditemui pada majlis pelancaran produk By RCW Glow Edition di Glam Hall Damansara, kelmarin. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...