HONG KONG, 28 Julai – Kenyataan biadap Kenedy di media sosial mengenai China telah mencetuskan gesaan terhadap kelabnya, Chelsea, untuk diharamkan dari negara itu.
Para pakar berkata sementara kontroversi itu hanya akan memberikan sedikit impak terhadap populariti Chelsea di China, ia menjadi amaran kepada kelab-kelab Eropah lain yang memburu kekayaan dari kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Kerjaya pemain dari Brazil itu di juara Liga Perdana tersebut sudah terjejas minggu lepas, sementara Chelsea berada di China dalam jelajah pra musim untuk memenangi lebih ramai penyokong, Kenedy pula mengeluar kenyataan di Intagram yang mencetuskan rebut.
Pos pertama dikatakan berunsur biadap yang ditujukan kepada China dan kedua menunjukkan seorang pengawal keselamatan tertidur dengan kapsyen: “Bangun China. Bahlul.”Kenedy dan kelab membuat kenyataan maaf selepas itu tetapi oleh sebab kemarahan tidak mahu reda, Chelsea menghantar pulang pemain itu dari jelajah Asia minggu ini.

Ketua perdagangan strategik global di firma pemasaran sukan, Hupu.com, Chen Zhongjie, berkata Chelsea sepatutnya bertindak lebih pantas untuk meminta maaf dan menghukum pemain itu.
“Ia begitu jelas bahawa Chelsea tidak memberikan perhatian secukupnya mengenai perkara itu dari awal, yang membawa kepada impak negatif berterusan,” kata Chen.
“Pengalaman Chelsea adalah amaran kepada kelab-kelan lain, jika anda mahu memasuki pasaran China, anda perlu jujur dan ada rasa hormat.” Reaksi di China mengenai isu Kenedy sangat teruk.
Malah bukan penyokong bola sepak pun turut mengecamnya di Weibo, media sosial China seperti Twitter, sebahagian mereka menggesa Chelsea diharamkan kerana menghina negara. – AFP