BEIJING, 6 OGOS – Bank pusat China berkata hari ini ia ‘menentang dengan tegas’ terhadap Amerika Syarikat yang melabel Beijing memanipulasi mata wang sehari selepas ia membenarkan yuan melemah ke atas dolar.
Bank pusat China mengukuhkan yuan hari ini, namun pasaran saham masih lagi terus menjunam.
Jabatan Perbendaharaan AS kelmarin ‘memutuskan yang China adalah pemanipulasi mata wang’ – meningkatkan pertikaian besar kedua dalam perang perdagangan dua negara itu dalam masa 24 jam.
People’s Bank of China (PBOC) menggelar gelaran itu sebagai ‘tindakan sebelah pihak yang tidak terkawal dan bersifat perlindungan’ serta berkata ia ‘amat menjejaskan peraturan antarabangsa’.
Kadar pertukaran yuan ‘didorong dan ditentukan oleh kekuatan pasaran,” kata bank pusat dalam satu kenyataan, menambah ia ‘sangat menentang hal itu’. – AFP