Monday, March 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    China bantu Filipina bina kemudahan pengairan

    PULAU LUZON, 3 OKT – Projek Pengairan Pam Sungai Chico (CRPIP), Filipina yang diusahakan syarikat China membantu meningkatkan hasil tanaman di utara Pulau Luzon,
    yang memainkan peranan penting sebagai ‘gudang bijirin’ utama di negara itu.

    Projek CRPIP yang diusahakan Syarikat Kejuruteraan CAMC China (CAMCE) itu bermula pada 2018 dan siap sepenuhnya tahun ini.

    Selain dilengkapi stesen pam, projek itu juga melibatkan parit utama sepanjang 30 kilometer (km) dan parit sampingan sepanjang 70 km.

    Ia mampu menyiram tanaman untuk ladang seluas 8,700 hektar, sekali gus membawa faedah kepada hampir 5,000 keluarga petani di 22 buah kampung di sekitarnya.

    “Sebelum ini, pengeluaran beras per hektar di sini hanya dua tan metrik, sekiranya air hujan mencukupi. Dengan siapnya projek pengairan itu, hasil pengeluaran bijirin mencatat sekurang-kurangnya lima tan metrik,” kata pengurus projek CRPIP Pentadbiran Pengairan Negara Filipina, Reyvelino Apongo.

    Difahamkan, kerja membina dua terowong merentas gunung sepanjang 1.92 km antara yang paling mencabar dalam pelaksanaan projek pengairan berkenaan.

    Semua kesulitan berjaya diatasi dengan mengaplikasikan teknologi China.

    Sementara itu, pelan pelaksanaan yang digunakan CAMCE turut dijadikan contoh untuk projek pembinaan kemudahan pengairan di Filipina. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda