Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lancar misi pertama ambil sampel dari Bulan

    WENCHANG, 3 MEI – China melancarkan misi hari ini untuk mengumpul sampel dari Bulan, yang pertama di dunia ketika Beijing meneruskan program bertujuan untuk menghantar misi lunar bersama kru menjelang 2030.

    Sebuah roket yang membawa kapal penjelajah Chang’e-6 dijadualkan untuk dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di wilayah Hainan selatan China sejurus sebelum 5:30 petang, kata wartawan AFP.

    Ia adalah perkembangan terbaharu untuk program angkasa lepas China yang bercita-cita tinggi, dikatakan Washington telah digunakan untuk menyembunyikan objektif ketenteraan dan usaha untuk mengukuhkan penguasaan ruang angkasa.

    Chang’e-6 berhasrat mengumpul kira-kira dua kilogram sampel bulan dari bahagian jauh Bulan dan membawanya kembali ke Bumi untuk dianalisis. Agensi berita negara Xinhua memujinya sebagai ‘usaha pertama seumpamanya dalam sejarah penerokaan bulan manusia’.

    a adalah misi 53 hari yang kompleks dari segi teknikal yang juga akan menyaksikannya mencuba pelancaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini dari sisi Bulan yang sentiasa menghadap jauh dari Bumi.

    “Chang’e-6 akan mengumpul sampel dari bahagian Bulan yang jauh buat pertama kali,” kata Ge Ping, timbalan pengarah Pusat Eksplorasi Bulan dan Kejuruteraan Angkasa China, kepada wartawan. – AFP

    Misi Chang’e-6 berlepas semasa cuaca hujan di Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Wilayah Hainan, selatan China, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda