XICHANG, 9 MEI – China melancarkan roket pengangkut Long March-3B dan meletakkan satelit baharu di angkasa lepas hari ini, lapor Xinhua.
Roket itu berlepas pada jam 9:43 pagi (waktu Beijing) dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di wilayah barat daya Sichuan, menghantar satelit Smart SkyNet-1 01 ke orbit yang telah ditetapkan.
Ini adalah misi penerbangan ke-521 siri roket Long March. – Bernama