Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lancar satelit kawalan jauh baharu

    JIUQUAN, 15 APRIL – China melancarkan roket pengangkut Long March-2D, meletakkan satelit kawalan jauh ke angkasa hari ini.

    Roket itu berlepas pada pukul 12:12 tengah hari waktu Beijing, dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China dan menghantar satelit Gaojing-3 01 ke orbit yang telah ditetapkan.

    Satelit itu akan menyediakan perkhidmatan data kawalan jauh komersial untuk bidang baharu seperti pertanian digital, pemodelan maklumat bandar dan pengimejan 3D langsung, serta bidang tradisional termasuk ukur tanah dan pemetaan, pencegahan dan mitigasi bencana, serta pemantauan maritim.

    Ia juga misi penerbangan yang ke-516 bagi roket siri Long March. – Xinhua

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda