Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    China longgarkan dasar bebas visa ke Hainan

    BEIJING, 9 FEB – China telah melonggarkan dasar bebas visa untuk memasuki wilayah pulau selatan negara itu, Hainan, membenarkan pelawat yang layak untuk memasuki wilayah itu, kata pihak berkuasa hari ini.

    Bermula hari ini, pelawat dari negara-negara seperti Rusia, Perancis, Amerika Syarikat, Brazil, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu dibenarkan memasuki Hainan tanpa visa untuk beberapa tujuan termasuk perniagaan, lawatan pelancong, melawat saudara, rawatan perubatan, pameran atau sukan, kata Pentadbiran Imigresen Kebangsaan China dalam satu kenyataan.

    Pengunjung dari negara tersebut boleh tinggal di wilayah Hainan sehingga 30 hari, kata kenyataan itu.

    Dasar sebelumnya juga membenarkan pengunjung dari negara-negara tersebut memasuki Hainan tanpa visa tetapi hanya untuk tujuan pelancongan, menurut pentadbiran.

    Kenyataan dari pentadbiran mengatakan bahawa dasar baru itu bertujuan untuk memajukan reformasi dan membuka secara menyeluruh di Hainan dan untuk menyokong Pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan.- Xinhua

    Gambar menunjukkan sebuah pesawat sedang membuat perjalanan. China telah melonggarkan dasar bebas visa untuk memasuki  Hainan, membenarkan pelawat yang layak untuk memasuki wilayah itu.- Gambar fail AFP

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...