Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    China prihatin ketegangan Palestin-Israel

    BEIJING, 21 FEB – Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun kelmarin prihatin terhadap ketegangan terkini antara Palestin dan Israel.

    Beliau berkata situasi keganasan di Tebing Barat semakin meruncing serta kekerasan pihak polis dan tentera, konflik dan serangan yang berlarutan telah meragut banyak nyawa selain kecederaan termasuk kanak-kanak.

    Zhang berkata demikian dalam ucapannya semasa sidang terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Palestin.

    “Situasi negatif tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi UNSC, bertentangan dengan seruan berulang kali oleh semua pihak untuk meredakan ketegangan dan usaha masyarakat antarabangsa untuk memelihara Penyelesaian Dua Negara.

    “Kenyataan Pengerusi UNSC yang baharu diluluskan merupakan langkah penting menguruskan krisis semasa dan mencerminkan keazaman serta kehendak sebilangan besar anggota untuk memelihara dan melaksanakan Penyelesaian Dua Negara.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...