Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    China, India akan tingkatkan permintaan komoditi

    MELBOURNE, 21 FEB – Kumpulan perlombongan global, BHP berkata kelmarin ia menjangkakan China dan India akan meningkatkan permintaan bagi komoditinya pada tahun hadapan selepas keuntungan terjejas akibat harga bijih besi dan tembaga yang lebih rendah

    Syarikat multinasional Australia itu, pengeluar utama arang batu metalurgi, bijih besi, nikel, tembaga dan potash, berkata keuntungan bersih merosot 32 peratus tahun ke tahun kepada AS$6.46 bilion dalam tempoh enam bulan hingga 31 Disember.

    Jualan merosot 16 peratus kepada AS$25.7 bilion dalam tempoh yang sama, katanya, memetik kejatuhan harga bijih besi dan tembaga, inflasi yang meningkat, dan keputusan oleh negeri Queensland untuk menaikkan royalti arang batu kepada kadar maksimum tertinggi di dunia.

    “Dalam jangka terdekat, persekitaran operasi BHP dijangka kekal tidak menentu,” kata kumpulan yang berpangkalan di Melbourne itu dalam satu kenyataan, ketika ekonomi menjadi suram di bawah pengaruh langkah anti-inflasi. China, bagaimanapun, dijangka menjadi sumber kestabilan untuk permintaan komoditi.

    Ketua eksekutif, Mike Henry berkata beliau positif mengenai prospek permintaan pada tahun hadapan.

    “Kami menjangkakan permintaan di China dan India akan menyediakan pengimbang yang menstabilkan kepada kelembapan berterusan dalam perdagangan global dan dalam ekonomi AS, Jepun dan Eropah,” katanya.

    Tinjauan jangka panjang untuk komoditi kami kekal kukuh memandangkan pertumbuhan penduduk, peningkatan taraf hidup dan intensiti logam peralihan tenaga, termasuk untuk bahan mentah pembuatan keluli.

    Walaupun dorongan global untuk mengurangkan pelepasan karbon yang mengubah iklim, BHP berkata ia menjangkakan arang batu metalurgi berkualiti tinggi akan digunakan dalam relau letupan pembuatan keluli selama beberapa dekad, dengan mengatakan ia akan membantu mengurangkan intensiti karbon relau jika dibandingkan dengan arang batu yang berkualiti rendah. – AFP

    Gambar fail menunjukkan ibu bejabat gobal BHP di Melbourne, Australia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...