Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China umum sekatan baharu eksport grafit

    BEIJING, 20 OKT – China telah me-ngenakan sekatan baharu terhadap eksport grafit, bahan mentah utama dalam pengeluaran bateri kenderaan elektrik (EV), lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Kementerian Perdagangan dan Kastam pada hari ini berkata, di bawah peraturan baharu itu, China memerlukan lesen eksport khas untuk tiga gred mineral itu yang ‘sangat sensitif’.

    Pihak berkuasa itu berkata langkah diambil atas alasan ‘keselamatan negara’ dan kawalan eksport pada grafit adalah ‘amalan antarabangsa yang biasa’.

    Untuk lima jenis grafit yang kurang sensitif yang digunakan misalnya dalam industri keluli, China menghapuskan kawalan eksport.

    Pemerhati di dalam dan luar China percaya langkah Beijing itu sebagai tindak balas terhadap sekatan AS dalam sektor teknologi.

    Washington baru-baru ini mengetatkan eksport mikrocip untuk kecerdasan buatan – sektor penting yang cuba dikuasai oleh China. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda