Pelakon kelahiran Jerman, Christian Oliver dan dua anak perempuannya maut selepas pesawat ringan dinaiki mereka terhempas di Kepulauan Caribbean sejurus selepas ia berlepas.
Nahas itu berlaku pada Khamis lalu di Pulau Petit Nevis berdekatan Beqiu ketika Christian dan dua anak perempuannya dalam perjalanan menuju ke St. Lucia.
Pihak polis memberitahu, selain mendiang dan dua anak perempuannya iaitu Madita Klepser, 10 dan Annik Klepser, 12, turut terkorban adalah juruterbang dikenali sebagai Robert Sachs.
Bagaimanapun, punca nahas masih lagi dalam siasatan.
Memetik laporan mStar, pelakon berusia 51 tahun kelahiran Jerman itu pernah membintangi beberapa filem popular termasuk Speed Racer, The Good German dan Hunters.
Christian juga pernah muncul dalam musim kedua siri drama popular 90an iaitu Saved by the Bell: The New Calls sebagai Brian Keller. – Agensi
