Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Cili panggang jadi aroma rasmi New Mexico

    ALBUQUERQUE – Wangi cili hijau yang dipanggang di atas api terbuka tersebar di seluruh New Mexico setiap kali musim luruh, tidak kira dari gerai-gerai di pinggir jalan mahupun di parkir-parkir pasar raya serta imaginasi yang membangkitkan tentang keajaiban masakan.

    Dan kini, seorang ahli politik negara itu mengatakan sudah sampai masanya rakyat bangkit dan menikmati wangian cili panggang itu.

    Kunjungan Senator Bill Soules dengan murid-murid darjah lima di daerah selatannya memacu perbincangan tentang lada pedas dan berpotensi bagi New Mexico menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) untuk memiliki aroma negara rasmi, cadangan yang kini sedang dipertimbangkan oleh penggubal undang-undang.

    “Ini sangat unik untuk negeri kami,” kata Demokrat Las Cruces itu mengenai cili panggang itu. “Saya berusaha memikirkan negeri lain yang memiliki bau atau aroma yang sangat istimewa ini di seluruh negara dan saya tidak menemuinya,” tambahnya.

    Bagi New Mexico, cili lebih daripada bahan utama bagi setiap makanan. Ia adalah kehidupan. Ia menjadi pertanyaan rasmi –‘merah atau hijau?’ – dan ia adalah salah satu daripada sayur rasmi negeri.

    New Mexico menghasilkan lebih daripada 60 peratus tanaman lada AS pada tahun 2021 dan merupakan pusat bagi Hatch, sebuah desa pertanian yang dikenali sebagai ibu kota cili dunia kerana lada merah dan hijau yang unik yang sudah dihasilkan selama beberapa generasi. Tanaman terkenal ini juga digunakan dalam serbuk, sos dan salsa yang dihantar ke seluruh dunia.

    Rang Undang-undang mengiktiraf bau wangi cili dipanggang sebagai aroma rasmi diluluskan oleh jawatankuasa pertama baru-baru ini dan penyokong mengatakan ia tidak mungkin menimbulkan perdebatan – kecuali ahli-ahli politik berkongsi kisah mereka sendiri tentang bagaimana mereka tidak dapat menjalani hari tanpa makan cili itu, daripada latte cili merah kepada sarapan pagi burito yang digabungkan dalam hidangan enchiladas dan tamales yang dicampurkan dengan cili. – AP

    Cili hijau dan merah dipamerkan di gerai tepi jalan di Hatch, N.M. – AP
    Sebakul cili hijau segar yang dituai untuk dibakar di Grajeda Hatch Chile Market di Hatch, N.M. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...