Monday, September 16, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cinderella at 2AM cipta kejayaan antarabangsa

    Drama komedi romantik, Cinderella at 2AM, lakonan Shin Hyun Been dan Moon Sang Min, mencatatkan kejayaan luar biasa di peringkat antarabangsa dalam masa singkat, kongsi Soompi.

    Menurut platform OTT global, Rakuten Viki, drama tersebut kini menduduki tempat pertama dari segi jumlah tontonan di 122 negara termasuk Amerika Syarikat, Brazil, Mexico, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Jerman dan Australia pada minggu pertama siarannya.

    Cinderella at 2AM mengisahkan Ha Yun Seo (lakonan Shin Hyun Been), seorang wanita yang tidak percaya kepada pengakhiran cerita dongeng, dan Seo Ju Won (lakonan Moon Sang Min), pewaris chaebol yang berusaha mengubah pendiriannya.

    Rakuten Viki merupakan platform OTT global yang menyediakan perkhidmatan penstriman video bagi drama dan filem Asia di lebih 190 negara.

    Selain Cinderella at 2AM, Viki turut menayangkan K-drama lain seperti Bad Memory Eraser, Good Partner, Your Honor, dan DNA Lover. – Agensi

    Cinderella at 2AM menduduki tempat pertama dari segi jumlah tontonan di 122 negara pada minggu pertama siarannya. – Soompi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda