Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cinta Laura kena karma akibat tolak cinta

    Umum mengetahui pelakon Cinta Laura Kiehl merupakan salah seorang selebriti terkenal di Indonesia yang tidak gemar berkongsi mengenai kisah peribadi secara terbuka.

    Menerusi laporan Tribunnews baru-baru ini, Cinta Laura, 26, mendedahkan dia pernah menolak cinta seorang lelaki semasa berada di bangku sekolah.

    Cerita Cinta Laura, dia menolak pelawaan itu kerana kerana usia lelaki berkenaan muda dua bulan berbanding dirinya.

    “Semasa itu saya bersekolah di Los Angeles, Amerika Syarikat. Tak tahulah kenapa saya bertanyakan mengenai kad pengenalannya.

    “Terus saya melihat tarikh lahir dan rupa-rupanya dia muda dua bulan daripada saya,” katanya menerusi saluran YouTube Puella ID pada Ahad lalu.

    Sejak daripada itu, pelakon sinetron Upik Abu dan Laura ini berkata dia anti dan tidak menyukai lelaki yang lebih muda daripada usianya.

    Cinta Laura bagaimanapun berkata dia kini berdepan karma kerana sehingga kini dia sering didatangi lelaki muda.

    “Akhirnya, saya hanya dapat pasangan yang muda. Karma is real,” ujarnya. – Agensi

    Cinta Laura mendedahkan dia pernah menolak cinta seorang lelaki semasa berada di bangku sekolah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda