Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cinta Laura tolak tawaran jadi menteri?

    Pelakon Cinta Laura mendedahkan dia pernah ditawarkan memegang jawatan sebagai menteri dalam kerajaan Indonesia.

    Laura atau Cinta Laura Kiehl, 30, bagaimanapun memberitahu dia menolak tawaran itu kerana merasakan jawatan itu bercanggah dengan prinsip hidupnya.

    “Saya tak mahu ikut pandangan atau nilai orang lain yang ada belakang saya nanti, prinsip saya berbeza” katanya.

    Menurut laporan mStar, wanita berdarah Jerman kacukan Indonesia ini juga tidak mahu berpura-pura jika menerima tawaran berkenaan.

    “Saya selalu lihat ahli politik pada awalnya selalu berfikiran terbuka, bijak dan ada semangat jati diri muda yang tinggi, tapi setelah sertai politik terus berubah macam seolah-olah jadi patung pula,” jelasnya.

    Dalam pada itu, meskipun menolak tawaran menjadi menteri, Laura mempunyai visi dan misi tersendiri dalam menyuarakan pandangan isu semasa menerusi platform media sosialnya.

    “Biarlah saya gunakan platform media sosial bagi menyuarakan isi hati rakyat.

    “Dengan cara itu saya dapat mencapai misi serta visi saya dengan lebih telus,” katanya. – Agensi

    Cinta Laura tolak bergelar menteri elak jadi ‘patung’. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda