Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Cip memori AI SK Hynix hampir habis dijual

    SEOUL, 3 MEI – Syarikat semikonduktor gergasi Korea Selatan, SK Hynix berkata hari ini keseluruhan pengeluaran cip memori bertaraf tingginya telah habis dijual pada 2024 dan kebanyakan rangkaian tahun depan juga telah laris, mencerminkan permintaan yang besar untuk perkakas AI termaju.

    SK Hynix ialah pembuat cip memori kedua terbesar di dunia, dan menguasai pasaran untuk cip memori lebar jalur tinggi (HBM). Ia merupakan pembekal utama kepada Nvidia, yang mengawal kira-kira 80 peratus pasaran cip kecerdasan buatan global.

    Firma itu memberitahu AFP hari ini bahawa cip HBMnya dari 2024 telah habis dijual sepenuhnya.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Kwak Noh-jung berkata pada sidang akhbar kelmarin bahawa peningkatan penggunaan peranti AI ‘akan membawa kepada peningkatan mendadak dalam permintaan untuk cip memori berkelajuan tinggi, berkapasiti tinggi dan berkuasa rendah khusus untuk AI.’

    Dengan permintaan yang semakin meningkat, komponen perkakasan AI seperti cip HBM dijangka menyumbang 61 peratus daripada pengeluaran cip syarikat, kata Justin Kim, ketua infrastruktur AI SK Hynix, dengan peningkatan hanya lima peratus daripada 2023.

    SK Hynix juga berkata minggu ini ia akan memulakan pengeluaran besar-besaran cip HBM generasi kelima teratasnya pada suku ketiga.

    Dengan jualan kukuh komponen perkakasan AI seperti cip HBM, SK Hynix telah catat keuntungan operasi kedua tertingginya pada suku pertama tahun ini sebanyak AS$2.1 bilion. – AFP

    Papan tanda SK Hynix Korea Selatan pada dinding di pejabat Bundang,Korea Selatan pada Januari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...