Sunday, February 2, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    City ikat Josko Gvardiol

    LONDON, 6 OGOS – Manchester City melengkapkan pembelian pertahanan tengah Croatia, Josko Gvardiol dengan kontrak lima tahun dari RB Leipzig, umum juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu semalam.

    Tiada butiran kewangan diumumkan namun pasukan kendalian Pep Guardiola difahamkan bersetuju dengan yuran perpindahan 90 juta euro buat pemain kebangsaan Croatia itu.

    Gvardiol, 21, mencatat prestasi menakjubkan dalam dua musim di Leipzig yang disertainya dari Dinamo Zagreb pada Julai 2021.

    “Saya sering kali mengimpikan suatu hari akan bermain di England dan kini melakukannya bersama Manchester City selepas musim cemerlang yang dilalui mereka benar-benar satu penghormatan buat saya,” kata Gvardiol mengenai kelab yang memenangi kejuaraan EPL, Piala FA dan Liga Juara-Juara musim lalu.

    “Sesiapapun yang menyaksikan Manchester City bermain musim lalu sedar mereka adalah pasukan terbaik di dunia. Untuk memenangi ketiga-tiga kejohanan menceritakan segala-galanya mengenai apa yang awda perlu tahu mengenai kualiti pasukan ini.” – AFP

    Aksi Josko Gvardiol mengawal bola semasa perlawanan di antara Croatia dan Wales di stadium Poljud di Split, Croatia pada 25 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda