Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Colombia lancar ekspedisi keluarkan harta karun guna robot

    CARTAGENA, 25 FEB – Kerajaan Colombia pada Jumaat lalu mengumumkan satu ekspedisi untuk mengeluarkan barang-barang ‘tidak terkira nilainya’ dari bangkai kapal legenda, San Jose Galleon, yang tenggelam pada 1708 ketika membawa emas, perak dan zamrud yang dianggarkan bernilai berbilion-bilion dolar.

    Menteri Kebudayaan, Juan David Correa memberitahu AFP tujuh tahun selepas penemuan bangkai kapal itu di pantai Colombia, sebuah robot bawah air akan dihantar untuk mendapatkan semula sebahagian harta karun itu.

    Antara bulan April dan Mei, robot itu akan mengeluarkan barang-barang dari luar kapal untuk melihat ‘bagaimana ia menjadi kenyataan apabila ia keluar (dari air) dan untuk memahami apa yang boleh dilakukan’ untuk mendapatkan khazanah yang lain, kata Correa.

    Operasi itu akan menelan kos lebih AS$4.5 juta dan robot itu akan bekerja pada kedalaman 600 meter untuk mengeluarkan barangan seperti seramik, kepingan kayu dan cangkerang ‘tanpa mengubah suai atau merosakkan bangkai kapal,’ kata Correa kepada AFP di atas kapal tentera laut yang besar.

    Selepas tiga abad tenggelam di dalam air, kebanyakan barang di atas kapal telah mengalami perubahan ‘fizikal dan kimia’ dan boleh hancur apabila ditarik keluar dari air, kata Kapten Alexandra Chadid, seorang penyelidik Tentera Laut. – AFP

    Tangkapan skrin video pada 6 Jun 2022 menunjukkan imej kapal Galleon Sepanyol yang karam, di luar pantai Cartagena, di Laut Caribbean, Colombia. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...