Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Colombia usir duta Israel

    TEHRAN, 17 OKT – Kementerian Luar Colombia hari ini menuntut duta Israel ‘meminta maaf dan keluar’ selepas beliau mengkritik Presiden Gustavo Petro, kerana kenyataannya mengenai konflik Israel-Palestin, lapor agensi berita Iran (IRNA).

    Petro telah berkongsi beberapa hantaran mengkritik rejim Israel di media sosial sejak konflik bermula pada 7 Oktober.

    Presiden Colombia itu dalam satu hantaran di X, menuduh rejim Israel menggunakan bahasa mengenai rakyat Gaza yang serupa dengan apa yang dikatakan oleh pihak Nazi mengenai orang Yahudi, lapor France 24.

    Sebagai tindak balas kepada kenyataan Petro, rejim Zionis pada Ahad lalu meng-umumkan penggantungan eksport berkaitan keselamatan ke Colombia.

    Berikutan langkah rejim itu, Presiden Petro mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan menekankan bahawa negaranya tidak akan menyokong genosid rakyat Palestin.

    “Jika kita perlu menggantung hubungan luar dengan Israel, kita akan melakukannya. Kami tidak menyokong genosid,” Colombia Reports memetik Presiden Colombia sebagai berkata hari ini.

    Presiden juga meminta kerajaan Amerika Latin lain bersolidariti dalam isu itu, menurut laporan itu. – Bernama

    Seorang lelaki melaungkan slogan anti-Israel sambil mengibarkan bendera Palestin di luar kedutaan Israel di Bogota, Colombia. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    15 kanak-kanak diculik terkorban dalam serangan tentera

    BOGOTÁ, 18 NOV – Serangan tentera Colombia terhadap pejuang...

    Colombia henti kerjasama AS susulan serangan ke kapal

    BOGOTA, 12 NOV - Presiden Colombia, Gustavo Petro mengarahkan...

    Colombia kritik tiada tindakan OAS terhadap AS di laut Caribbean

    BUENOS AIRES, 2 NOV - Presiden Colombia, Gustavo Petro...

    Hukuman penjara terhadap bekas presiden Colombia dibatalkan

    BUENOS AIRES, 22 OKT - Mahkamah Bogota kelmarin membatalkan...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...