Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Comquest raikan Hari Penghargaan Pelanggan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Comquest Sdn Bhd buat pertama kalinya, baru-baru ini, telah mengadakan Hari Penghargaan Pelanggan di Dewan Bankuet Hotel WAFA, menandakan peristiwa penting bagi usaha syarikat dalam membolehkan Brunei yang cekap digital.

    Antara yang hadir pada acara itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Erma Said Mohamed Al Kathiry dan Tetap Setiausaha (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Ir Haji Amer Hishamuddin bin POKAPDSS Haji Zakaria bersama beberapa rakan kongsi dan pelanggan yang terkenal.

    Bermula daripada mengendalikan pusat panggilan kecil, Comquest telah memasuki tahun ke-12 dan telah berjaya mengembangkan operasi dan perkhidmatannya merentas tiga tonggak iaitu orang ramai, proses dan teknologi di seluruh negara.

    Acara itu juga memperingati ulang tahun ke-10 projek perdana yang menaikkan syarikat itu menjadi salah satu syarikat transformasi digital terkemuka di seluruh negara.

    Comquest dirasmikan pada 2012 dan telah berjaya menjana kira-kira 400 pekerjaan tempatan yang kebanyakannya diraikan pada acara tersebut.

    PYT Erma Said Mohamed Al Kathiry dan warga Comquest Sdn Bhd semasa memotong kek meraikan acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN COMQUEST SDN BHD
    GAMBAR SERAHAN COMQUEST SDN BHD

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...