Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Concepts, BIBD adakan Promosi meriah bersama

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Buat julung kalinya, Concepts Computer dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) sama-sama mengadakan Promosi Meriah Bersama sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Promosi berkenaan telah diumumkan semasa sidang media yang berlangsung di Bilik Pameran Concepts Computer di mana pihak BIBD menyatakan bahawa Concepts Computer adalah salah satu peniaga dalam promosi Gaya Hidup dan BIBD sangat teruja untuk bekerjasama dengan syarikat berkenaan.

    Bermula awal April hingga penghujung Mei, promosi itu merupakan sebahagian daripada usaha BIBD untuk memeriahkan musim perayaan dengan pelbagai promosi yang meliputi gaya hidup, fesyen, tempat makan dan barangan runcit.

    Promosi menggunakan kad kredit BIBD itu juga membolehkan pelanggan untuk berbelanja bagi persiapan rumah terbuka khas untuk ahli keluarga dan sahabat handai semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

    Menurut kenyataan BIBD, promosi itu juga merupakan inisiatifnya untuk menggalakkan pelanggan berbelanja di dalam negara dan menyokong perniagaan tempatan.

    Di bawah promosi berkenaan, BIBD telah bekerjasama dengan lebih 75 buah syarikat terdiri daripada automotif, perabot, pertubuhan kecantikan pakaian, elektronik, kedai haiwan peliharaan dan banyak lagi.

    Mana-mana pelanggan yang membelanjakan jumlah minimum dan membuat pembayaran menggunakan mana-mana kad kredit BIBD akan menerima rebat sehingga 3 peratus.

    Jumlah rebat dihadkan pada $1,000 dan akan dikreditkan ke kad kredit pemegang kad dalam tempoh 60 hari selepas promosi berakhir.

    Bagi pelanggan yang masih belum membuat permohonan kad kredit BIBD, masih ada masa untuk memohon dan memanfaatkan tawaran hebat berkenaan.

    Pengarah Perhubungan Kumpulan Perbankan Runcit Strategi Pedagang BIBD, Edison Liew dan Pengarah Urusan Concepts, Vincent Pao (kiri) semasa sidang media di Concepts Computer, Gadong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda