Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Syarikat Concepts Computer Sdn Bhd seperti pada tahun-tahun sebelumnya turut memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) dengan mengadakan pejabat terbuka bagi para jemputan dan ahli korporatnya.
Kedatangan para jemputan ke Dewan Brilliant, Bangunan Habza, Kampung Kiulap hari ini telah dialu-alukan oleh Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao bersama isteri.
Pada majlis itu, para tetamu dijamu dengan pelbagai jenis kek, kuih-muih dan hidangan tradisi dan popular bagi meraikan tahun baharu iaitu Yee Sang yang menjadi kemuncak acara.
Selain meraikan sambutan TBC, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan kakitangan ahli korporatnya.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/01/P8-A_26012023.jpg)