Monday, March 17, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Conte fokus hadapi Barca

    MILAN, 1 OKT – Antonio Conte (gambar bawah) kembali ke bola sepak Itali dengan bergaya apabila menerajui Inter Milan ke persada Serie A menjelang kunjungan ke Barcelona bagi saingan Liga Juara-Juara ke Barcelona, di mana ia akan menjadi ujian sebenar ke atas pendahulu Serie A itu.

    Skuad Conte melanjutkan permulaan sempurna mereka dalam liga dengan memenangi kesemua enam perlawanan buat pertama kali dalam tempoh 53 tahun, kemenangan terbaharu adalah 3-1 di Sampdoria yang diperoleh meskipun bermain kurang seorang di separuh masa kedua.

    Mereka kini dua mata di depan pencabar terdekatnya, Juventus, sementara menanti pertembungan dua pasukan teratas di San Siro hujung minggu ini. Sementara itu, Inter menuju ke Catalonia minggu ini dengan berbekalkan permulaan hambar dalam Kumpulan F apabila seri 1-1 menentang Slavia Prague.

    Conte, dilaporkan menjadi jurulatih dengan bayaran tertinggi di Itali, percaya pasukannya semakin berkembang kerana memudahkan permainan.

    “Saya seorang jurulatih yang selalu memberikan idea bola sepak kepada pasukannya. Saya kelihatannya meletakkan trend itu dalam taktik-taktik,” kata bekas jurulatih Chelsea dan Juventus itu.

    “Bola sepak saya selalu teratur, kami mempunyai idea dan bekerja keras dalam pelbagai senario.

    “Kesemua persembahan kami musim ini telah menunjukkan kualiti dan teratur, namun mentaliti menjadi penentu untuk menyelesaikan situasi sukar.”

    Conte mengintai untuk menerajui kelab itu bagi gelaran liga buat pertama kali sejak 2010, tahun di mana Inter meraih gelaran trebel di bawah kendalian Jose Mourinho.

    “Sekarang kita perlu menekan butang ‘reset’, fokus kepada Barcelona di Camp Nou,” tegas Conte, yang mana kunjungan terakhirnya ke Barcelona bersama Chelsea berakhir dengan kekalahan 3-0 pada Mac 2018. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda