Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Conte pertahan Barkley beraksi di Piala Dunia

    LONDON, 9 Jan – Pengurus Chelsea Antonio Conte akan membantu pemain baru Ross Barkley untuk mendapat tempat dalam skuad Piala Dunia England walaupun dia tidak beraksi sejak Mei lalu akibat kecederaan hamstring.

    Barkley berhijrah ke Chelsea dari Everton Jumaat lalu dengan nilai AS$20 juta di mana kontraknya bersama Toffees berakhir musim panas ini.

    Conte belum mengetahui bila pemain berusia 24 tahun yang memerlukan pembedahan itu akan beraksi kembali tetapi pengurus dari Itali itu berharap pemain tengah itu akan diserap masuk dalam skuad kendalian Gareth Southgate untuk saingan Piala Dunia Rusia.

    “Kami mempunyai lima bulan untuk menunjukkan bahawa dia layak untuk beraksi dengan skuad kebangsaan untuk Piala Dunia nanti,” kata Conte. “Saya berharap, kerana dia akan beraksi dengan baik dengan kami.”

    Barkley berlatih di Chelsea hujung minggu ini dan telah bertemu dengan Conte buat pertama kalinya semalam.

    “Ia sangat penting untuk saya berjumpa dia, untuk melihat keadaan fizikalnya,” tambahnya. “Harapan saya untuk melihat dia beraksi secepat mungkin.”

    Conte bercakap mengenai kebolehan Barkley tetapi berkata ia sangat penting untuk pemain lepasan akademi Everton itu memahami peranannya dalam taktikal sebelum dipilih.

    “Sebelum bermain, kami perlu memastikan bahawa dia faham dengan idea bola sepak kami. Jika tidak, ia akan menjadi masalah untuk dia dan keseluruhan skuad.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda