Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Courtois terlepas Euro 2024 akibat kecederaan

    PARIS, 29 MEI – Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois, tidak tersenarai dalam skuad Belgium untuk Euro 2024 selepas diumumkan hari ini kerana masih menjalani pemulihan sepenuhnya selepas musim yang dibelenggu dengan kecederaan.

    Penjaga gol berusia 32 tahun itu mengalami kecederaan ligamen crucuate pada lutut kiri Ogos lalu dan kemudian cedera meniskus pada Mac.

    Bekas penjaga gol Chelsea itu hanya kembali beraksi pada awal bulan ini, walaupun dia memulakan empat daripada lima perlawanan terakhir Madrid dalam La Liga musim ini.

    “Dia sangat jujur dengan saya,” kata jurulatih Belgium, Domenico Tedesco.

    “Dia tahu kondisi tubuhnya. Ia adalah faktor penting sebelum bermain tiga atau empat perlawanan, tetapi lain pula halnya jika bermain dalam Euro,” ujarnya.

    Tedesco menambah, “Dia tidak bersedia untuk Euro, dan kita perlu bermain dengan pemain yang mampu.”

    Jurulatih itu akan memilih penjaga gol utama antara Koen Casteels dari Wolfsburg, Matz Sels dari Nottingham Forest, dan Thomas Kaminski dari Luton Town.

    Sementara itu, pemain veteran Atletico Madrid, Axel Witsel, yang berusia 35 tahun, disenaraikan dalam skuad.

    “Kami memerlukannya. Dia berpengalaman dan boleh membantu pemain muda, sama ada dia bermain atau tidak,” kata Tedesco, yang turut memanggil pemain tengah, Anderlecht berusia 37 tahun, Jan Vertonghen dan pemain tengah Atletico berusia 19 tahun, Arthur Vermeeren. – AFP

    Aksi Courtois semasa sesi latihan di stadium Santiago Bernabeu di Madrid. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...