Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Zii Jia tarik diri akibat kecederaan hamstring

    KUALA LUMPUR, 29 MEI – Perseorangan lelaki profesional Malaysia, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri daripada kejohanan Terbuka Singapura 2024 akibat kecederaan hamstring yang dialami selepas menyertai dua kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka Thailand 2024 dan Masters Malaysia 2024.

    Ini menyaksikan juara bertahan, Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia yang dijadual menentang Zii Jia pada pusingan pertama hari ini diberikan kemenangan percuma dan mara ke pusingan kedua untuk bertemu seorang lagi perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao, esok.

    TeamLZJ dalam kenyataan di akaun X hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat perubatan, selain memberi tumpuan kepada proses rehabilitasi.

    “Ia satu keputusan yang sukar untuk menarik diri dari Terbuka Singapura, tetapi selepas penilaian perubatan di Singapura, Zii Jia dinasihatkan untuk tidak mengambil bahagian kerana kecederaan hamstring yang dialami semasa Terbuka Thailand dan Masters Malaysia,” menurut kenyataan itu.

    Terbuka Thailand berlangsung pada 14 hingga 19 Mei lepas diikuti Masters Malaysia pada 21 hingga 26 Mei manakala Terbuka Singapura yang bertaraf Super 750 membuka tirai semalam hingga 2 Jun ini.

    Sementara itu beregu campuran Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mengambil masa hanya 33 minit untuk menumpaskan B Sumeeth Reddy-Sikki Reddy dari India, 21-18 dan 21-19. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...