Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Covax bakal terima 250 juta dos vaksin

    GENEVA, 28 JULAI – Covax menjangka menerima 250 juta dos vaksin COVID-19 dalam tempoh enam hingga lapan minggu akan datang, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

    Penerimaan dos merupakan rangsangan besar untuk skim tersebut, yang bertujuan memastikan negara miskin boleh menerima suntikan vaksin dan setakat ini berjaya menghantar 152 juta dos vaksin kepada 137 negara yang mengambil bahagian.

    Dalam pengemaskinian laporan mingguan yang dikeluarkan hari ini, WHO pada mesyuarat Kumpulan Pengurusan Krisis PBB baru-baru ini, melaporkan bahawa sumbangan vaksin akan ditambah kepada pusat Covax dan meramalkan 250 juta vaksin tambahan dalam tempoh enam hingga lapan minggu akan datang.

    Covax dipimpin bersama oleh WHO, gabungan vaksin Gavi dan Gabungan Inovasi Kesediaan Epidemik, dengan UNICEF menggunakan kepakaran logistik vaksinnya untuk mengendali penghantaran.

    Di bawah Covax, 92 negara paling miskin boleh mengakses suntikan secara percuma, dengan penderma membiayai kos.

    “Permintaan vaksin global jauh melebihi bekalan, meninggalkan jutaan penduduk paling mudah terjejas tanpa perlindungan, sementara kempen vaksinasi yang lebih tinggi merupakan salah satu perlindungan terbaik terhadap varian virus baharu,” kata ketua eksekutif Gavi, Seth Berkley.

    Hampir empat bilion dos vaksin COVID-19 disuntik di seluruh dunia di sekurang-kurangnya 216 wilayah, menurut pengiraan AFP. – AFP

    Gambar fail menunjukkan bebuli vaksin Covaxin di sebuah hospital awam di Villa Elisa, Paraguay. – Covax menjangka menerima 230 juta dos vaksin COVID-19 dalam tempoh enam hingga lapan minggu akan datang. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda