Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Covid-19: Empat Masih dirawat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Negara Brunei Darussalam terus mencatatkan sifar kes baharu COVID-19 hari ini, mengekalkan jumlah keseluruhan kepada 141 orang manakala belum ada kes terbaharu juga sembuh, jumlahnya masih 136 orang.

    Jumlah kes aktif yang masih dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan pula adalah empat kes, demikian dikongsi oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Menurutnya lagi, dua daripadanya masih kritikal, namun hanya seorang sahaja yang masih memerlukan bantuan mesin tambahan heart/lung machine (ECMO) dan mesin pernafasan, manakala seorang lagi kini hanya memerlukan bantuan mesin pernafasan sahaja, dan selebihnya adalah dalam keadaan yang baik.

    “Pada ketika ini, seramai 101 orang sedang menjalani kuarantin mengikut Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 manakala jumlah keseluruhan mereka yang telah menamatkan tempoh kuarantin ialah seramai 2,578 orang,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Menurutnya lagi, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 193 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada sebanyak 17,414 ujian.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth atau healthinfo.gov.bn.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa hadir pada sidang media berkenaan.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...

    Terkini