Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Kes kematian sebelum tiba hospital meningkat 7 kali ganda di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 2 JULAI – Kes kematian sebelum tiba di hospital (BID) pesakit COVID-19 meningkat sebanyak tujuh kali ganda dari April hingga Jun lalu dengan peningkatan dari 35  kepada 246 kes.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kebanyakan kes BID itu adalah dalam kumpulan umur 50 hingga 70 tahun (76.7 peratus) dengan sekurang-kurangnya satu komorbid (64.5 peratus).

    “Hingga hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah merekodkan sebanyak 5,327 kes kematian sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita manakala sebanyak 4,856 kes kematian telah dilaporkan pada tahun 2021.

    “Daripada jumlah kematian pada 2021, sebanyak 670 (13.8 peratus) kes kematian BID dilaporkan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

    Beliau berkata tiga negeri yang merekodkan kes kematian BID tertinggi pada tahun ini ialah Selangor iaitu 181 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 78 kes dan Sabah sebanyak 85 kes.

    Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menggesa orang ramai untuk cakna dalam memantau kesihatan kendiri terutamanya apabila disahkan positif dan berada dalam pemantauan di rumah. – Bernama

    Penduduk perumahan awam hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 ketika tinjauan pelaksanaan program vaksinasi melalui Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah di Perumahan Awam Seri Sarawak, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda