Friday, January 17, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Korban seluruh dunia kini melebihi 40,000

    ANKARA, 1 APRIL – Jumlah kematian di seluruh dunia akibat COVID-19 meningkat lebih 40,000 semalam, dengan kes disahkan melebihi 823,000, menurut Johns Hopkins University, lapor agensi berita Anadolu.

    Lebih 174,000 orang yang didiagnosis dengan virus itu pulih.

    Wabak itu turut menjejaskan sekurang-kurangnya 179 negara dan wilayah di seluruh dunia.

    Itali, Sepanyol, China dan Iran kekal negara paling teruk terjejas.

    Amerika Syarikat melaporkan kes paling tinggi – lebih 165,000 – dengan 3,178 kematian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda