Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: M’sia catat kes harian tertinggi

    KUALA LUMPUR, 23 JULAI – Malaysia kali pertama mencatatkan kes harian COVID-19 melebihi 15,000 hari ini, iaitu 15,573 kes, peningkatan lebih 2,000 kes berbanding 13,034 kes yang dilaporkan semalam. 

    Angka ini menjadi rekod terbaharu kes tertinggi COVID-19 yang dicatatkan sejak negara dilanda pandemik itu awal tahun lepas.

    Sebelum ini kes tertinggi adalah sebanyak 13,215 kes pada 15 Julai lepas. 

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di akaun Twitternya berkata Selangor kekal negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 7,672 kes manakala Kuala Lumpur turut merekodkan kes empat angka dengan 2,063 kes. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda