Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    COVID: 791 kes baharu dicatat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Sembilan kes kini berada dalam kategori 4 dan dua kes berada dalam kategori 5 menjadikan jumlah kes dalam kategori 4 dan 5 pada ketika ini ialah 4.2 peratus daripada keupayaan rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

    Dalam masa 24 jam yang lalu, satu kes COVID-19 telah meninggal dunia di mana kes tersebut adalah tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19.

    Perkara tersebut antara yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan yang berlangsung pada petang tadi.

    Yang Berhormat Dato turut memaklumkan bahawa sebanyak 791 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kepada 132,194 orang.

    Daripada jumlah kes baru tersebut, 656 adalah hasil ujian pantas antigen (ART) yang telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth manakala 135 adalah hasil 787 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Sementara itu, 1,377 kes telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di negara ini kepada 125,842 kes dengan 6,149 kes aktif.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut mengongsikan bahawa pada masa ini, kadar pengisian katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 2.3 peratus.

    “Dalam pada itu, 107 kes aktif sedang menerima rawatan di pusat-pusat pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 6,042 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” tambah Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, beliau menjelaskan bahawa 60.9 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini telah menerima tiga dos vaksin.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham semasa mengongsikan statistik terkini jangkitan COVID pada sidang media tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...