Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    COVID di China: Eropah timbang langkah selaras

    BRUSSELS, 4 JAN – Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan satu penyelarasan respons terhadap krisis COVID China hari ini namun enggan mengenakan sekatan perjalanan yang akan mengecewakan kedua-dua Beijing dan industri penerbangan global.

    China sudah sekeras-kerasnya menolak sekatan perjalanan yang sudah dilaksanakan oleh beberapa negara Eropah dan memberi amaran ‘langkah timbal balas’ jika tindakan seumpamanya diperluaskan dalam masa beberapa hari akan datang.

    Walau bagaimanapun, jurucakap Suruhanjaya Eropah, Tim McPhie berkata ‘majoriti negara bersetuju ‘melaksanakan ujian saringan ke atas penumpang dari China sebelum pelepasan. Negara-negara EU akan mempertimbangkan pendirian terhadap isu itu lewat hari ini.

    Kerajaan China dan pakar kesihatan Eropah mengatakan tiada keperluan untuk sebarang sekatan dikenakan ke atas pengembara memandangkan varian koronavirus yang muncul di China sudah pun tersebar luas di Eropah. Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mewakili kira-kira 300 buah syarikat penerbangan di seluruh dunia, turut menyuarakan bantahan terhadap langkah tersebut hari ini.

    “Ia amat mengecewakan melihat pernyataan tidak masuk akal bagi langkah-langkah yang telah terbukti tidak efektif dalam masa tiga tahun kebelakangan ini,” kata Pengarah IATA, Willie Walsh.

    “Penyelidikan mendedahkan bahawa ketibaan varian Omicron menyimpulkan bahawa menyekat cara melakukan perjalanan tidak ada bezanya berbanding semasa kemuncak penularan jangkitan. Paling-paling pun, sekatan hanya menangguhkan kemuncak jangkitan dalam beberapa hari sahaja,” kata Walsh.

    Selepas mengancam melaksanakan timbal balas kelmarin, jurucakap kerajaan China hari ini berkata mereka berharap semua pihak menumpukan memerangi epidemik itu sendiri dan mengelak mempolitikkan COVID. –AP

    Kelihatan seorang penumpang dari China meninggalkan tempat ujian pemeriksaan COVID di lapangan terbang Roissy Charles de Gaulle, Perancis. Negara-negara EU sedang mempertimbangkan satu penyelarasan respons terhadap krisis COVID China. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...