Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    CPR India dilarang terima dana asing

    NEW DELHI, 17 JAN – Sebuah badan pemikir terkemuka India mengesahkan hari ini ia telah dilarang daripada menerima dana asing, menjadi pertubuhan terbaharu dalam kalangan badan amal asing, pemerhati hak asasi manusia dan yang lain yang turut menjadi sasaran selepas mengkritik kerajaan.

    Pusat Penyelidikan Dasar (CPR) ialah salah satu forum dasar awam yang paling dipandang tinggi di negara itu.

    Kakitangannya terdiri daripada persona-liti terkemuka dan kolumnis yang jarang menjadi suara yang menentang dalam media mengenai isu politik sensitif, termasuk dasar keselamatan negara dan tadbir urus di wilayah bergolak Kashmir.

    Kementerian Dalam Negeri telahpun menggantung sementara lesen CPR untuk menerima derma asing selepas serbuan pada 2022 oleh jabatan cukai, sekali gus menyekat operasinya.

    Akhbar tempatan, The Hindu melaporkan pihak berkuasa telah memutuskan untuk membatalkan lesen kerana ia telah menerbitkan laporan mengenai ‘program hal ehwal semasa’.

    “Asas keputusan ini tidak dapat difahami dan tidak seimbang,” kata Presiden CPR, Yamini Aiyar dalam satu kenyataan di media sosial. “Beberapa sebab yang diberikan mencabar asas kefungsian sesebuah institusi penyelidikan,” tambahnya.

    Warta Kementerian Dalam Negeri yang tidak bertarikh mengesahkan lesen itu dibatalkan ‘atas pelanggaran’ peraturan pembiayaan asing tanpa memberikan butiran lanjut. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...