Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    CR7 bantu pasukan raih mata penuh

    RIYADH, 23 JAN – Cristiano Ronaldo memulakan perjalanannya dalam Liga Pro Saudi dengan membawa Al Nassr meraih kemenangan 1-0 ke atas Ettifaq kelmarin, perlawanan pertamanya sejak menjadi pemain bola sepak yang menerima gaji tertinggi dalam sejarah.

    Bintang Portugal itu tidak menjaringkan gol tetapi tetap memberikan impak yang positif untuk Al Nassr, yang mengintai kejuaraan domestik dan benua selepas pemain berusia 37 tahun itu berpindah untuk tawaran berjumlah lebih 400 juta euro.

    Bagaimanapun, penampilan sulung Ronaldo dalam liga di hadapan 22,862 peminat nampak berbeza selepas dia menjaringkan dua gol dalam kekalahan 5-4 minggu ini kepada Paris Saint-Germain.

    “Dia antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak, jadi sangat penting untuk kami melakukan segala yang mungkin untuk meletakkannya dalam keadaan terbaik,” kata jurulatih Al Nassr, Rudi Garcia.

    “Saya mahu dia seronok bermain dan malam ini dia gembira bermain buat kali pertama bersama pasukan baharunya.”

    Ronaldo, yang mengetuai Al Nassr sebagai kapten, membuat permulaan kurang menyerlah pada separuh masa pertama, dua kali kehilangan bola semasa percubaan sementara rakan sepasukannya bergelut untuk menghantar bola kepadanya.

    Rembatan awal Ronaldo dari tepi kotak penalti ditepis, dan dia hampir menjaringkan gol dengan hantaran lintang Abdulmajeed Al Sulaiheem, tetapi ditanduk masuk oleh Anderson Talisca untuk gol tunggal permainan pada minit ke-31. – AFP

    Aksi Cristiano Ronaldo (tengah) semasa perlawanan bola sepak Liga Pro Saudi antara Al-Nassr dan Al-Ettifaq di Stadium King Fahd di Saudi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...