Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Kren tumbang ragut empat nyawa di India

    NEW DELHI, 23 JAN – Empat orang terbunuh dan sekurang-kurangnya enam lagi cedera selepas sebuah kren tumbang semasa perayaan kuil di negeri Tamil Nadu di selatan India, kata pegawai semalam.

    Kren itu tumbang semalam di kuil Draupathi di daerah Ranipet, 85km barat Chennai, ibu kota Tamil Nadu.

    Laporan menyebut kira-kira lapan orang berada di atas kren untuk menerima kalungan bunga ketika insiden itu berlaku.

    “Malam tadi, sebuah kren untuk membawa berhala dan menerima kalungan bunga daripada penganut di kuil Draupathi tumbang secara tiba-tiba, membunuh tiga orang di tempat kejadian dan mencederakan ramai yang lain,” kata seorang pegawai polis.

    “Daripada yang cedera, seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaannya pagi ini di hospital, menjadikan jumlah korban kepada empat orang.”

    Laporan media tempatan berkata kira-kira 1,500 orang hadir di tempat kejadian.

    Video kemalangan yang disiarkan di media sosial menunjukkan kren itu, dengan orang ramai bergantung padanya, terhempas ke tanah dan orang ramai menjerit dan melarikan diri dalam keadaan panik. Susulan kejadian itu, beberapa orang yang di sekitar dilihat bergegas membantu mangsa yang cedera dan memindahkan mereka ke hospital.

    Polis telah membuka kes dan mengarahkan untuk menjalankan siasatan ke atas kemalangan itu.

    Pemandu kren itu telah ditahan bagi membantu siasatan, kata polis.

    “Sebahagian daripada kren itu berada di kawasan yang lebih tinggi. Ketidakseimbangan tanah ini nampaknya telah menyebabkan kren itu tumbang. Siasatan sedang dijalankan,” kata pegawai kanan polis Deepa Satyan yang dipetik daripada media. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...