Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    CSPS adakan sesi ketiga siri bengkel pembangunan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Pusat Kajian Strategik dan Dasar (CSPS) berjaya menamatkan sesi ketiga Siri Bengkel Pembangunan Eksekutif dalam Pandangan dan Perancangan Strategik, kelmarin.

    Sesi bertajuk ‘Pembelajaran Tindakan dan Penilaian’ yang dikendalikan oleh pelatih bertauliah CSPS, Dr. Diana Cheong, Dr. Sophiana Chua binti Abdullah dan Dayang Yuzilawati Abdullah, yang membantu peserta dalam memperhalusi draf pelan strategik mereka berdasarkan pandangan strategik dan alat sistem pengurusan 10 langkah Haines yang dibincangkan dalam dua sesi sebelumnya.

    Bengkel berkenaan disertai beberapa pertubuhan termasuk Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Pendidikan; Kemen-terian Pembangunan; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Kementerian Kesihatan; Jabatan Perkhidmatan Pengurusan; Institut Perkhidmatan Awam; Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Allied Engineering Solutions dan Sprintville Technologies.

    Melalui bengkel ini, para peserta mempunyai peluang untuk memberikan maklumbalas profesional dan penilaian mengenai reka bentuk dan proses perancangan strategik mereka.

    Lebih penting lagi, mereka kembali kepada pertubuhan dengan pelan strategik komprehensif dan bersedia untuk merangsang perubahan dan kemajuan. Siri bengkel seterusnya dijangka diadakan tidak lama lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda