Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Cuaca buruk bantu Clark menang

    SAN FRANCISCO, 5 FEB – Penyandang juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Wyndham Clark dianugerahkan gelaran Jelajah PGA AS ketiganya pada malam kelmarin apabila pegawai membatalkan pusingan akhir Pebble Beach Pro-Am yang tertangguh akibat ribut dan mengisytiharkannya sebagai pemenang.

    Clark mencipta rekod padang dengan 12-bawah par 60 di tepi pantai yang ikonik pada Sabtu, memberikan pemain AS berusia 30 tahun itu kelebihan satu pukulan selepas 54 lubang.

    Namun, angin kencang dan hujan lebat tiba kelmarin dan keseluruhan pusingan keempat ditunda ke hari ini.

    Tetapi selepas ribut dan banjir mengganggu wilayah itu kelmarin, pegawai memutuskan permainan tersebut tidak boleh diteruskan hari ini dan acara itu akan ditamatkan selepas tiga pusingan.

    “Ribut yang melanda Semenanjung Monterey sepanjang hari Ahad diramalkan akan berterusan sehingga awal pagi Isnin dengan angin yang sangat kencang,” kata Jelajah PGA dalam satu kenyataan.

    “Walaupun keadaan diramalkan akan bertambah baik sehingga pagi Isnin, selepas berunding dengan pihak berkuasa kecemasan Monterey County, yang telah melaksanakan perintah Shelter in Place sehingga awal pagi esok untuk komuniti Pebble Beach yang lebih besar, dan atas kewaspadaan yang tinggi untuk keselamatan semua pihak, tidak akan ada permainan pada hari Isnin.

    “Oleh itu, selaras dengan peraturan Jelajah PGA, keputusan kejohanan adalah muktamad melalui penamatan 54 lubang.” – AFP

    Reaksi Clark selepas menamatkan lubang ke-18 di Pebble Beach Golf Links semasa pusingan ketiga kejohanan golf Pebble Beach Pro-Am di California pada 3 Februari 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...