Oleh Lyna Mohamad BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Cuckoo International (B) Sdn Bhd melancarkan barisan produk baharu Cuckoo Bespoke, Cuckoo Grande dan Cuckoo JHT10 semasa acara kemuncak sempena ulang tahun ketujuhnya di Healthy Holm, Kiulap baru-baru ini. Lebih 50 orang menghadiri majlis pelancaran tersebut. Selain itu, Cuckoo Brunei juga mengembangkan rangkaian produk Healthy Living.