Friday, December 2, 2022
23.8 C
Brunei

-

Cungkil bakat pelatih OKU baca Al-Quran

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Seramai 17 orang pelatih kelainan upaya (OKU) dari Pusat Bahagia di seluruh negara mengambil bahagian dalam Peraduan Membaca Al-Quran dan Ayat-ayat Lazim anjuran Pusat Bahagia Cawangan Daerah Tutong, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), kelmarin.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pegawai Pentadbir Tingkat Khas di JAPEM, Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim.

Dianjurkan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1444 Hijrah, pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori OKU intelek, anggota dan penglihatan.

Antara tujuannya adalah untuk menampilkan pelatih-pelatih OKU yang berbakat dalam pelbagai bidang di samping dapat mencungkil bakat mereka dalam pembacaan Al-Quran. Ia juga merupakan salah satu aktiviti keagamaan Pusat Bahagia bagi melahirkan pelatih-pelatih OKU yang boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan sempurna.

Dengan adanya penganjuran yang berkebajikan itu, ia diharapkan dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara pelatih-pelatih OKU di Pusat Bahagia JAPEM seluruh negara.

Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelatih-pelatih OKU dari Pusat Bahagia cawangan Daerah Brunei dan Muara.

Salah seorang peserta mengambil bahagian dalam peraduan tersebut.
Awang Mohamad Khairul Shahrul bergambar ramai bersama pemenang Peraduan Membaca Al-Quran dan Ayat-ayat Lazim baru-baru ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -