Sunday, February 2, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuti raya peluang berkumpul bersama keluarga

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Meskipun sudah memasuki hari ketiga Syawal, kegembiraan Hari Raya masih terasa dengan kunjungan ke rumah keluarga dan rakan-rakan.

    Hari Raya Aidilfitri adalah simbol kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan penuh, menahan lapar, dahaga, dan segala hal yang dapat membatalkan ibadah puasa tersebut.

    Peluang cuti selama tiga hari berturut-turut yang diberikan oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Hari Raya Aidilfitri ini dianggap sebagai cuti panjang bagi semua orang di negara ini untuk berkumpul bersama keluarga, baik yang dekat maupun yang jauh.

    Sementara itu, bagi keluarga Mimi Juniza Mohd Jun dari Taman Sekamat Kajang Selangor, Malaysia, memanfaatkan kesempatan untuk mengunjungi keluarga di Brunei Darussalam bagi merayakan Hari Raya bersama. Ia adalah pengalaman pertama mereka merayakan Hari Raya di Brunei bersama keluarga.

    Menurut Mimi Juniza, tidak ada perbezaan yang signifikan dalam merayakan Hari Raya antara Brunei dan Malaysia, kecuali dalam makanan yang disajikan, seperti hidangan utama dan kuih-muih sahaja. Kesempatan untuk merayakan Hari Raya bersama keluarga di Brunei memberi kenangan yang berharga dan juga memungkinkan mereka untuk berbagi kenangan lama bersama-sama.

    “Hari Raya bukan hanya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, tetapi juga sebagai pengubat rindu setelah tidak bertemu untuk waktu yang lama, terutama ketika dunia sedang menghadapi COVID yang membatasi pergerakan orang ramai bagi menyekat penyebaran wabak,” tambahnya

    Mimi Juniza bergambar ramai bersama keluarga tercinta di Brunei sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda